We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
18 Mei 2023, Khamis, 7.30pm, 8.30pm & 9.30pm
(Waktu rehat: Tiada)
Esplanade Concourse & Online
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Panggung adalah satu gabungan lintas tambak antara Syafiq Halid dari Singapura dan Kicau-Bilau dari Malaysia yang mencabar sempadan bentuk seni tradisional dan landskap sonik dunia Melayu.
Eksperimentasi dengan bunyi dan multimedia ini diilhamkan daripada frekuensi unik dalam alat muzik Melayu yang dibongkar dan ukiran kayu rumit dalam rumah-rumah Melayu. Pameran visual audio-reaktif, improvisasi dan muzik yang sentiasa berbeza dan beransur ubah melengkapkan karya ini. Penonton akan diundang untuk melangkah ke dunia ini dan membayangkan sebuah panggung, iaitu pentas, bayangan mereka.
Panggung dibangunkan dengan sokongan Goethe-Institut Singapura.
Syafiq Halid & Kicau-Bilau
Tentang Kicau-Bilau
Pasangan duo seni bunyian yang bertapak di Malaysia yang bermain muzik instrumental dan ambien menggunakan angklung dan gitar. Ditubuhkan pada 2017, Kicau-Bilau didorong oleh gabungan bersama individu kreatif lain dari pelbagai jenis seni. Nama mereka bermain dengan perkataan yang berlawanan dengan perkataan berganda kacau-bilau yang mempunyai maksud sama dengan helter-skelter atau topsy turvy dalam bahasa Inggeris. Kicau-Bilau membawa maksud ‘tidak aman’.
Tentang Syafiq Halid
Syafiq Halid adalah seorang pereka bunyi, seniman elektronik dan pemain genderang yang bertapak di Singapura. Sebagai seorang pereka bunyi, beliau seronok menerokai dan bereksperimen dengan bunyi dalam pelbagai bentuk. Beliau mendapat tahu tentang sofwe Ableton Live pada 2012 dan menerapkan ia dalam pelbagai penerbitan persembahan tarian dan teater.
18 Mei 2023, Khamis
7.30pm
8.30pm
9.30pm