We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
20 Mei 2023, Sabtu, 3pm & 4.15pm
21 Mei 2023, Ahad, 3pm & 4.15pm
(Waktu rehat: Tiada)
Teater Luar DBS Foundation di Esplanade
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Enam belas peserta junior dari pertandingan nyanyian Mediacorp, Juara Mic Junior, dari musim kedua dan finalis dari musim pertama akan membawa anda melayari perjalanan mereka dalam mencari pengalaman, merealisasikan impian mereka dan melestarikan bahasa dan budaya Melayu menerusi muzik mereka.
Juara Mic Junior di Pesta Raya akan disampaikan oleh pengacara musim pertama, Farhana M Noor, dan pengacara musim kedua, Nik Aqimi.
Memaparkan persabahatan dan kerjasama yang terjalin semasa pertandingan mereka, pertunjukan ini juga memaparkan permainan dan kuiz interaktif bersama penonton.
Farhana M Noor
Farhana M Noor merupakan pelakon yang pernah memenangi anugerah dan pengacara televisyen versatil yang dikenali dengan kespontanan beliau dan keupayaannya untuk memikat penonton pelbagai usia.
Nik Aqimi
Nik Aqimi adalah bakat muda yang pernah memenangi anugerah yang telah menunjukkan potensinya dalam bidang lakonan dan juga sebagai pengacara. Nik mempunyai sifat humor yang baik dan dapat bermesra dengan para penonton.
Yang akan membuat persembahan
Enam belas kanak-kanak yang bercita-cita tinggi berusia antara 7 dan 13 tahun dari pertandingan nyanyian Mediacorp, Juara Mic Junior, menampilkan bakat mereka.
20 Mei 2023, Sabtu
3pm
4.15pm
21 Mei 2023, Ahad
3pm
4.15pm