We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
21 Mei 2023, Ahad, 7.30pm & 8.30pm
(Waktu rehat: Tiada)
Ruang Legar
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Dengarkan kisah klasik Bangsawan Bispuraja yang asalnya ditulis oleh allahyarham Haji Hamid bin Ahmad, dikenali sebagai bapa bangsawan Singapura, dipersembahkan dalam format tradisional. Persembahan ini memaparkan lenggok bangsawan Singapura, iaitu ekspresi vokal yang unik pada gaya bangsawan setempat, berbanding amalan bangsawan lain di wilayah Nusantara. Ia bakal dipersembahkan oleh tiga generasi seniman bangsawan setempat - yang veteran, golongan belia dan kanak-kanak Anggerik Temasek Bangsawan - mengembalikan bangsawan sebagai pengalaman teater opera klasik Melayu buat setiap lapisan masyarakat. Saksikan segmen extra turn yang mengetengahkan bintang moden hari ini, juga dikenali sebagai seri panggung, Tanty Yushida, yang bakal membawakan medley lagu-lagu klasikal tersohor, dengan rendisinya yang semarak rancak.
Anggerik Temasek Bangsawan
Anggerik Temasek Bangsawan, ditubuhkan pada 2019, sebelum ini dikenali sebagai Sri Anggerik Bangsawan dan diasaskan oleh allahyarham Haji Hamid Ahmad pada 1986. Kebanyakan karya Anggerik Temasek kini memberi tumpuan pada amalan pelbagai genre Bangsawan, dipimpin oleh teatrik tradisional Bangsawan, dan pendidikan pada seni tradisional hingga pelbagai komuniti menerusi program, bengkel dan persembahan sekolah. Anggerik Temasek kini mempunyai generasi pengamal Bangsawan muda yang kukuh, di kededua divisyen belia dan junior mereka.
Karya tulisan Hj Hamid Bin Ahmad Arahan Nadiputra
21 Mei 2023, Ahad
7.30pm
8.30pm