Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
4 Mac 2022, Jumaat, 8.30pm
(Waktu rehat: Tiada)
Dewan Konsert Esplanade
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Ayuh, tampil bergaya dengan seluar ‘bell bottom’, dan luangkan malam anda untuk menikmati irama pop yeh yeh kegemaran anda! Diacarakan oleh pelawak veteran Husin Saaban, Malam Pop Yeh Yeh memaparkan ikon setempat, Asmuri dari kugiran The Hornets, Asmah Atan dan June Abdullah, berserta penyanyi pop yeh yeh generasi baru, Rudi Salim bersama The Wismas II. Tidak lupa juga penyanyi undangan dari Malaysia, Dato L. Ramli!
Sebuah program PopLore, sempena meraikan ulang tahun ke-20 Esplanade.
Terokai dan hayati semula perjalanan epik, berbagai cerita dari generasi yang berbeza melalui budaya dan muzik popular Singapura.
Mulai 1 Jan 2022, tiada lagi konsesi bagi individu yang tidak divaksinasi untuk melakukan Ujian Pra-Acara (PET) sebagai ganti daripada divaksin sepenuhnya. Semua penonton (kecuali kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah) perlu diberi vaksin# sepenuhnya terhadap COVID-19.
#Vaksinasi penuh merujuk kepada:
Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.
Asmuri dari The Hornets
Asmah Atan
Asmah Atan mula bergiat dalam bidang nyanyian pada tahun 1966 ketika berusia 16 tahun. Dia merupakan salah seorang finalis dalam pertandingan nyanyian antara sekolah-sekolah di Singapura. Pada tahun 1968 beliau telah menyertai kugiran The Teruna dan menghasilkan lagu popular, Muda Remaja dan Gelombang Kan Beralun.
Dikemuncak popularitinya, Asmah Atan telah meninggalkan industri hiburan untuk bekerja sepenuh masa dan berjinak-jinak sebagai pelakon radio dalam rancangan Pentas Radio di Radio Televisyen Singapura (RTS).
June Abdullah
Rudi Salim bersama The Wisma II
Pengasas, pernyanyi dan pemain perkusi kumpulan tradisional, Nobat Kota Singa, Rudi Salim, merupakan anak bongsu mantan penyanyi kumpulan The Wisma, Salim I. Rudi mula menyanyi sejak usianya 8 tahun, dan telah menyaksikan ayahnya membuat berbagai persembahan di Singapura dan Malaysia semasa dia membesar.
Pada tahun 2015, Rudi telah membentukkan The Wisma II, sebagai sebuah penghormatan kepada muzik Pop Yeh Yeh dan juga ayahnya.
Dato L. Ramli
4 Mac 2022, Jumaat
8.30pm
Standard | Harga Khas JOYears | |
Harga | $30 | $23 |
Harga khas untuk ahli Esplanade&Me
(Hanya untuk tiket Standard)
Kad Hitam: Diskaun 15%
Kad Putih: Diskaun 10%