Dipersembahkan oleh Esplanade

Muzik

FENOMENA

Jatt Ali, Hady Mirza & Sufi Rashid

27 Mei 2022, Jumaat, 8pm

1jam 30minit

(Waktu rehat: Tiada)

Dewan Konsert Esplanade

Acara ini telah berlalu

Tentang Acara

Selami rasa nostalgia dan keakraban bersama ikon muzik Melayu Singapura, Jatt Ali, Hady Mirza dan Sufi Rashid! Tiga bintang ini akan disertai dengan penyanyi undangan seperti Rahila Rashun, Syamel dan Ernie Zakri dan ramai lagi.

 

Mula mencipta nama bersama band Black Dog Bone, Jatt Ali membuat penampilan menakjubkan di Gegar Vaganza 2019, meraih tempat ketiga. Saksikan beliau menggegarkan pentas dengan persembahannya, antaranya menyanyikan lagu hit Black Dog Bone, Hati Ku Luka Lagi. Juara Gegar Vaganza 2019, penyanyi R&B, Hady Mirza, menyertai konsert sama.

 

Anda pasti terpesona dengan pemenang Singapore Idol ini yang bakal menyampaikan lagu Zainalabidin, Hijau, serta single terbarunya, Cinta Sampai Disini, antara lagu-lagu hit lain

 

Dua veteran ini juga akan berkongsi pentas bersama Sufi Rashid, juara dan satu-satunya pemenang Singapura bagi rancangan realiti, Akademi Fantasia, yang telah merangkul tempat pertama pada 2015 dengan suara lunak dan penuh jiwa.

 

Penyanyi pop ini akan mempersembahkan lagu-lagu seperti Sambutlah Kasih oleh  Lovehunters dan single aslinya, Aku Sanggup. 

 

Ayuh, beramai-ramai menikmati malam penuh kemesraan dan meraikan perkembangan muzik popular Melayu setempat dengan penyanyi-penyanyi kesayangan ini!

 

Satu program PopLore, sempena meraikan ulang tahun ke-20 Esplanade. Terokai dan hayati semula perjalanan epik, bercerita dan menggembirakan generasi berbeza melalui budaya dan muzik popular Singapura. 

Nasihat:

Semua penonton (kecuali kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah) perlu divaksin sepenuhnya terhadap COVID-19. Memakai pelitup muka diperlukan untuk semua acara di kawasan dalaman.

Umur Kemasukan:
6 and above.
Bahasa: Melayu
Perkara yang perlu diperhatikan:
Sila kekal berwaspada dengan ancaman penipuan pancingan data yang kian meningkat. Gunakan saluran tiket rasmi seperti Esplanade.com atau Sistic.com.sg dan periksa bahawa anda melayari laman web yang sah sebelum  anda log masuk untuk menempah tiket.
Kebolehan akses:  Kami menawarkan kemudahan dan perkhidmatan buat penonton berkeperluan akses. Konsesi bagi orang berkeperluan khas (PWD) disediakan untuk persembahan terpilih. Baca panduan aksesibilitas kami.
Tiket: Harga tidak termasuk bayaran tempahan ejen. Masukan ke tempat-tempat persembahan dibolehkan kepada penonton yang mempunyai tiket yang dibeli melalui ejen tikey yang sah sahaja. Baca tentang tiket atau periksa soal jawab (FAQ) kami.

Untuk maklumat tentang kedatangan lambat, fotografi dan lain-lain, sila baca nasihat am kami.

Tentang Artis

Tahir Ali

Tahir Ali, juga dikenali sebagai Jatt, adalah seorang pemuzik, penyanyi utama dan pemain dram kumpulan Black Dog Bone. Band tersebut terdiri daripada pemain gitar, Izzar Masrom; pemain bes, Hamid Ahmad; pemain keyboard, Michael Heng, pemain seruling, James Chai; dan pemain trompet, Masron Ali. Selain memainkan cover muzik dari pelbagai genre, repertoir mereka termasuk lagu-lagu asli oleh penulis lirik Singapura, allahyarham Haron Abdul Majid dan penggubah lagu, Hashim Said (lebih dikenali sebagai S. Atan), serta muzik gubahan mereka sendiri. Album-album mereka laris dijual pada tahun 1970-an. Kini berpangkalan dari Malaysia, Jatt adalah salah seorang peserta dalam program muzik realiti Astro, Gegar Vaganza, pada 2019. 

 

Hady Mirza, jejaka yang telah mendapat 70 peratus daripada sekitar sejuta undian dalam pertandingan Singapore Idol, juga merupakan juara Asian Idol dan juara pertandingan nyanyian televisyen Malaysia, Gegar Vaganza 2019. Ayuh, lihat Hady menyanyi secara langsung dan anda pasti terpikat dengan suara lunak R&B beliau serta personalitinya yang mempesonakan kian beliau mengalunkan suara buat peminatnya. 

 

Sufi Rashid adalah warga Singapura pertama untuk memenangi pertandingan nyanyian realiti terbesar Astro, Akademi Fantasia, di Malaysia. Terkenal dengan lagu-lagu hit, Tiada Pengganti dan Kasih Dua Muka, single beliau, Aku Sanggup, meraih 22 juta tontonan, mencecah tempat Kelima Terbaik bagi lagu yang paling banyak ditonton di saluran Astrogempak. Sufi juga meraih gelaran Artis Paling Popular di acara anugerah, Anugerah Planet Muzik. 

Tarikh & Masa

27 Mei 2022, Jumaat

8pm

Dewan Konsert Esplanade
Tiket & Harga
Standard

Pelajar, Anggota Perkhidmatan Negara,
Warga Emas (Terhad)

PWDs
(Terhad)
Cat 1 $70 - $28
Cat 2 $50 $42 $28
Cat 3 $35 $28 $28

Harga khas untuk ahli Esplanade&Me Early Bird

Applicable to Cat 1 Standard tickets only.

(26 Apr – 8 Mei 2022)
Kad Hitam: jimat 20%
Kad Putih: jimat 15%
Discover: jimat 15% (Min. 2 tiket) (Tiket terhad)

Harga khas untuk ahli Esplanade&Me

Applicable to Cat 1 Standard tickets only.

(Selepas 9 Mei 2022)
Kad Hitam: jimat 15%
Kad Putih: jimat 10%
Discover: jimat 10% (Min. 2 tiket) (Tiket terhad)

MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.