Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
Road closures around Esplanade – Theatres on the Bay for National Day Parade Rehearsals 2025 from 14 Jun – 9 Aug 2025. Read more
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Dipersembahkan oleh Esplanade
1 Mac 2024, Jumaat, 7.30pm & 9pm
(Waktu rehat: Tiada)
Teater Luar
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
Gabungan lama dan baru, Gala Gemadah mengetengahkan lagu klasik dan hit disukai ramai dari tahun 1960-an hingga 2020-an. Terinspirasi dengan prosodi tradisional Melayu, dengarkan susunan baru yang segar oleh penyusun muzik terkenal Singapura.
Perjalanan yang menyentuh hati bermula dengan Senandung Sayang. Nikmati perayaan kasih yang menyenangkan, menyulam keragaman hubungan sesama manusia dan alam rohani. Persembahan muzik ini membawa anda melalui era yang berbeza, membuka evolusi yang menawan dalam muzik tradisional. Saksikan persembahan yang penuh kehalusan di mana setiap nota memantulkan keindahan pengalaman hidup yang paling menyentuh hati.
Tempat duduk disediakan berdasarkan siapa datang awal, dilayani terlebih dahulu.
Lenny Karmila
Lenny Karmila mengikuti jurusan muzik sebagai pemain biola dan penyanyi. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di Singapura mahupun luar negara, termasuk Jepun, Korea, dan China. Seawal 13 tahun, beliau telah mewakili Singapura bagi satu persembahan bersama Orkestra Melayu Singapura.
Sebagai seorang penggiat berpengalaman, Lenny mudah bekerjasama dengan individu dari pelbagai bidang, mengarah produksi dan persembahan serta menjadi pengacara majlis. Lenny juga mendidik kanak-kanak di Singapura melalui penerokaan muzik bagi memupuk minat dari usia muda.
Aidil Akmal
Aidil Akmal adalah seorang komposer yang mahir dalam menggubah muzik, serta pengaturan muzik dan vokal. Sikapnya yang mesra mampu membina dan mengekalkan hubungan kerja yang baik di kalangan pemuzik, penerbit, kakitangan produksi, dan penonton.
1 Mac 2024, Jumaat
7.30pm
9pm