Ayuh dengar cerita-cerita dari Nusantara melalui penulis-penulis drama dari Indonesia, Malaysia, dan Singapura dalam acara Nusantara Open Circle (NOC) yang pertama—program transnasional penemuan penulisan dan pertukaran baru di rantau ini! Jadilah orang pertama untuk mengalami pembacaan dramatik tiga drama pendek yang masih dalam pembangunan, oleh penulis drama Aziz Azthar (Indonesia), Arief Hamizan (Malaysia), dan Moli Mohter (Singapura). Setiap sesi akan diikuti sesi maklum balas di mana anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang penulis dan karya mereka sambil berkongsi respons anda terhadap cerita mereka.
Akhiri malam anda dengan perbincangan panel bersama para penulis dan wakil dari Main Tulis Group, Panas Panas Theatre dan Indonesia Dramatic Reading Festival! Ambil bahagian dalam wacana bernuansa sekitar tema, resonans dan bidang yang diminati para penulis dan penggiat seni dari rantau ini. Nusantara Open Circle ialah program tiga tahun, dan akan meneruskan penglibatan melalui Panggilan Terbuka untuk drama baru yang masih dalam pembangunan, serta bimbingan dari penulis drama mapan di rantau ini.
Pembacaan akan dijalankan dalam Bahasa Melayu, Indonesia dan Inggeris, dengan sarikata Inggeris. Semua perbincangan akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris.
Usaha
Ditulis oleh Moli Mohter
Persembahan oleh Iqah Enriquez
Ayu membuat keputusan untuk berjumpa dengan bomoh untuk membantu suaminya yang kaki judi. Ini adalah kali pertama dia bertemu dengan seorang bomoh. Ayu merasa gementar.
Makan Malam
Ditulis oleh Aziz Azthar
Persembahan oleh Filza Izzati, Nora Samosir, Rafaat Hamzah, Sani Hussin and Suhaili Safari
Gadia, yang menyambut ulang tahun ke-80, mengadakan jamuan makan malam bersama anak-anaknya: Ruben, Nora, Wina, dan Fajar. Seorang demi seorang anak-anaknya tiba, masing-masing membawa masalah dan isu. Seorang demi seorang berkongsi kenangan tentang meja makan lama keluarga mereka - tidak semua kenangan yang manis, terutama sekali mengenai bapa mereka yang sudah tiada. Satu daripada adik beradik itu menyebut mahu menggantikan meja itu dengan yang baru. Namun, Gadis menolak, dan sebuah rahsia terdedah. Apakah akhirnya mereka akan saling memahami, atau berpecah belah?
Kari Kelapa Raja
Ditulis oleh Arief Hamizan
Persembahan oleh Ghazali Muzakir, Gloria Tan, Melizarani T.Selva
Di tengah-tengah Kuala Lumpur, Akhir dan Juwita duduk di pangsapuri kecil mereka, dikelilingi oleh dengungan kota yang berubah dengan pantas. Hubungan mereka semakin terungkai, tetapi daripada menghadapi realiti yang menyakitkan akibat mengenai hubungan mereka, mereka menghabiskan senja untuk membincangkan politik dan perubahan.
Di bahagian lain kota itu, pada masa yang berbeza, seseorang pekerja bertemu dengan seorang malaikat di sebuah bank, yang berjanji akan memperkenalkan mereka kepada Tuhan. Semasa perjalanan itu, mereka mempelajari tentang masa depan yang membimbangkan untuk Kuala Lumpur.