We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
We use cookies to improve your experience on our site. To find out more, read our data protection and cookie policy. By using our site, you agree to our use of cookies. Close to continue browsing.
Find what you're looking for.
Dipersembahkan oleh Esplanade
3 Sep 2022, Sabtu, 8.15pm & 9.30pm
4 Sep 2022, Ahad, 7.15pm
(Waktu rehat: Tiada)
Teater Luar DBS Foundation di Esplanade, Ruang Legar
Acara ini telah berlalu
Acara ini telah berlalu
The Beatles menemui rok psikedelik menemui Nusantara - Ramayan menjanjikan pengalaman sonik dengan bunyi psikedelik yang menakjubkan, digabungkan dengan alunan gitar dan sintesizer, vokal bertenaga dan baris lagu yang rancak. Ayuh, menyanyi dan menghayati sama rentak nostalgia ini yang mengingatkan kita pada era ‘flower power’ (slogan yang digunakan pada 1960-an dan 1970-an sebagai simbol terhadap penentangan pasif tanpa kekerasan) dan festival muzik rok, Woodstock, semua dengan pengaruh Nusantara.
Pelitup muka tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, penonton digalakkan untuk terus melaksanakan tanggungjawab dan berhati-hati, seperti memakai pelitup muka apabila berada di tempat yang sesak. Tiada tiket yang akan diberikan. Tempat duduk disediakan berdasarkan siapa datang awal, dilayani terlebih dahulu.
Ramayan
Ramayan adalah sebuah kumpulan pop-rok neo-psikedelik dari Malaysia yang ditubuhkan pada September 2014, yang asalnya terdiri daripada lima anggota tetapi kini merangkumi Pi’e (vokal, pemain keyboard dan gitar), Omar (pemain bes, bes synthesizer) dan Que (pemain dram, key dan synthesizer).
Mereka bernaung di bawah label rekod berdikari terkenal yang berpangkalan di Malaysia, Luncai Emas Sdn Bhd, pada tahun sama. Muzik mereka kedengaran seperti prog-rok psikedelik pada tahun 1960-an dan 1970-an, dengan melodi seperti muzik balada, dipengaruhi oleh barisan artis, The Beatles, Pink Floyd, King Crimson, Todd Rundgren dan ABBA, serta bintang seni setempat seperti Alleycats, M. Nasir dan allahyarham Sudirman. Muzik mereka mempunyai gabungan unik Malaysiana dan Barat, dialun bersama dengan elemen Nusantara dan stail puisi dan lirik Melayu tersendiri. Mereka telah mengeluarkan satu EP bertajuk sendiri dan satu LP dan membuat persembahan secara langsung di televisyen nasional, bermain di pentas-pentas antarabangsa di Indonesia dan Korea serta membuat persembahan pembukaan buat pemuzik antarabangsa terkenal seperti The Temper Trap (Australia), Barasuara (Indonesia, Parasol (Korea) dan MataJiwa (Indonesia). Single rasmi pertama Ramayan, Oh Dewiku, menerima pelbagai liputan media di Malaysia melalui radio, akhbar, filem dan majalah.
LP penuh pertama mereka merangkumi gabungan istimewa bersama seniman dan penerbit Indonesia, Mondo Gascaro. Single LP, Lamunan Anak Bulan, dihasilkan pada pertengahan 2020 dan telah menerima pengiktirafan kritikal di Malaysia bagi stail menyegarkan dan padat dengan psikedelia. Lagu itu kemudian dinobat sebagai Lagu Terbaik 2020 di Anugerah TAPAU pada Disember 2021. Album penuh pertama mereka, Di Persiaran Cakrawala, mendapat sambutan menggalakan sejauh Jepun, kerana ia telah dikeluarkan dalam format vinyl oleh label rekod Jepun popular, Big Romantic Records.
Ramayan kini dalam fasa terakhir untuk melengkapkan album penuh kedua mereka yang dijangka akan dikeluarkan pada tahun ini.
3 Sep 2022, Sabtu
8.15pm
9.30pm
4 Sep 2022, Ahad
7.15pm