Dipersembahkan oleh Esplanade

Musik

Bebas Milik Kita Showcase

Yanto Sani (Singapore)

2 Sep 2022, Jumaat, 8.15pm & 9.30pm

45minit

(Waktu rehat: Tiada)

Teater Luar

Acara ini telah berlalu

Tentang Acara

Tontoni Yanto Sani mempersembahkan lagu-lagu asli daripada pelbagai genre seperti rok, hip hop dan muzik elektronik. Ini termasuk trak-trak lagu yang telah dipersembahkan dalam pertandingan mencipta lagu pertama Suria, Projek Lagu, dan telah mendapat sambutan baik seperti lagu Senyum Walau Kecewa, yang telah menduduki tangga pertama di carta stesen radio Ria 89.7FM serta Bebas yang telah mencatat sebagai 10 lagu paling popular di Asia Tenggara melalui carta Ria 89.7FM. Lagu-lagu lain seperti Menutup Dosa dan Masihkan Ada Cinta akan dipaparkan juga, bersama penampilan seniman berbakat lain seperti Eliza Cuarez, Rahila Rashun, KP Black, Hasif dari Saat Band dan Ahmadul Amin.


Nasihat:

Pelitup muka tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, penonton digalakkan untuk terus melaksanakan tanggungjawab dan berhati-hati, seperti memakai pelitup muka apabila berada di tempat yang sesak. Tiada tiket yang akan diberikan. Tempat duduk disediakan berdasarkan siapa datang awal, dilayani terlebih dahulu.

Bahasa: Melayu
Perkara yang perlu diperhatikan:
Accessibility Advisory: We provide a range of access services and relaxed performances for patrons with access needs. For wheelchair-accessible seats, please call Esplanade Customer Experience at 6828 8377 for assistance. Concessions for Persons With Disabilities (PWDs) and up to one accompanying companion are available. | View our accessibility guide
Tentang Artis

Instagram | Youtube

Yanto Sani adalah seorang penaung seni yang sebenar dan telah menyumbang pada karya seni selama melebihi sedekad. Beliau baru-baru ini telah menceburi dalam bidang muzik dengan matlamat untuk menyerlahkan muzik Melayu alternatif. Pada 2021, beliau menjuarai Projek Lagu, satu pertandingan mencipta lagu peringkat kebangsaan anjuran MediaCorp Suria.

 

Bersama pengalaman Yanto dalam gubahan dan susunan lagu, serta kemahiran penerbitan mantap prodbydan (salah seorang anggota daripada kumpulan duo JAGADEDGE), mereka berdua telah menggabungkan muzik elektronik, hip hop dan rok secara sepadu bagi menghasilkan bunyi yang telah menawan pendengar.


Tarikh & Masa

2 Sep 2022, Jumaat

8.15pm

Teater Luar

9.30pm

Teater Luar
MENJADI AHLI

Anda tidak mempunyai akaun Esplanade&Me?

Never miss a show again. Get on our mailing list.