Family

It's Still Hari Raya!

Kiki dan Ibu mengetahui apa yang akan menggembirakan mereka

Calendar

Tarikh Terbit: 10 Jun 2020


Jangka Masa Membaca: >15mins

It’s still Hari Raya!

Oleh Tysha Khan
Persembahan dalam Bahasa Inggeris & Melayu. 

Kiki tahu bahawa Hari Raya pada tahun ini lain sedikit, tapi dia nak beraya juga! Jom menyambut hari istimewa ini dengan Kiki dengan ibunya dalam sesi ceritanya. Anda boleh mengikuti sesi-sesinya dengan mereka boneka stoking anda sendiri. Anda boleh juga belajar lagu gembiranya, dengan bersama menyanyi lagunya. Kami harap sesi-sesi ini akan tolong anda meraihkan hari istimewa ini dengan gembira. 

1. Masih Hari Raya lah!

Kiki tahu bahawa Hari Raya pada tahun ini lain sedikit, tetapi dia nak beraya jugak! Jom ikuti Kiki dan Ibu sambil mencari cara mereka sendiri untuk meraikan Hari Raya yang terhebat, dan teristimewa.

2. Masih Hari Raya lah! Video Bernyanyi Bersama

Di dalam cerita Masih Hari Raya lah!, Kiki bernyanyi untuk menghiburkan hatinya dan juga ibunya. Mari bernyanyi bersama Kiki dalam bahasa Melayu.

3. Mari buat boneka stoking!

Tysha menggunakan boneka stoking dalam ceritanya Masih Hari Raya lah!. Dengan bantuan Sofia Nasir, anda boleh membuat boneka stoking dengan bahan-bahan harian yang ada di rumah. (Hanya tersedia dalam Bahasa Inggeris)

Rancangan It's Still Hari Raya telah diterbitkan sempena dengan Pesta Raya Online 2020.

Tentang Tysha Khan
Tysha Khan adalah seorang pelakon dan penulis yang bertempat di Singapura. Beliau juga adalah wanita Melayu-Islam pertama yang berkelulusan ijazah daripada Institut Teater Antara Budaya (Intercultural Theatre Institute). Beliau mempunyai idaman untuk mencipta karya teater yang memaparkan kehidupan dan kebudayaan masyarakat setempat. Beliau juga ingin menghasilkan karya yang mendalami dan mengupas soal identiti dan isu-isu sosial.


Bantu Esplanade menaikkan semangat melalui seni

Pada masa yang tidak menentu ini, seni dapat menenangkan, memberikan perspektif dan menaikkan semangat. Sekiranya anda boleh membantu kami untuk memberikan kegembiraan seni kepada semua yang berada di rumah.

Sokong Kami
Anda masih ada 3 daripada 3 rencana percuma yang boleh dibaca pada bulan ini. Buat akaun Esplanade&Me dengan percuma atau daftar masuk untuk teruskan. DAFTAR / LOG MASUK